Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Progresif tidak ketinggalan untuk meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 (HK-41) dengan mengambil bahagian Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun HK-41 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.
Pasukan perbarisan lalu Progresif yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar mengetengahkan seramai 41 orang kakitangan.
Di samping itu, Progresif turut diwakili dalam Pasukan Cemerlang yang menyaksikan penyertaan daripada Ketua Pegawai Komersial dan Inovasi, Awang Adi Iskandar bin Haji Basri.
Pengiktirafan berkenaan menyusuli kejayaan Progresif Ding! baru-baru ini, pada Anugerah APICTA 2024, di mana ia berjaya dalam kategori Perbankan, Insurans & Kewangan iaitu satu pencapaian yang menyerlahkan peranan Progresif dalam inovasi digital dan keterangkuman kewangan.
Hajah Nurul Haniah merakamkan perasaan terima kasih atas penghormatan yang diberikan kepada Progresif untuk berdiri bersama-sama dengan warga Brunei dalam meraikan Sambutan HK-41.
“Hari ini, kita bukan sahaja menghargai pencapaian negara tetapi juga mengesahkan tanggungjawab kita bersama dalam membentuk masa depannya. Inovasi dan kerjasama akan terus memacu Brunei ke arah mencapai Wawasan 2035.”
