Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif rai pemenang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Awang Shahminan bin Haji Mat Zin telah diumumkan sebagai pemenang bertuah utama sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah $1,000 bagi kempen Progresif Top Up & Win semasa majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pesta Pengguna, Bridex, petang tadi.

    Sementara itu, pemenang lain memenangi hadiah wang tunai $500, $300 dan $200 manakala enam pemenang lain membawa pulang hadiah berupa wang tunai $30.

    Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jaafar.

    Dengan hanya membeli kad tambah nilai atau Prepaid Starter Pack, orang ramai berpeluang menyertai kempen itu. Pusingan kedua kempen akan berlangsung hingga 13 Jun.

    Bulan berikutnya akan menjadi pusingan terakhir kempen dengan tawaran pelbagai hadiah menarik.

    Hajah Nurul Haniah bergambar ramai bersama pemenang kempen.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda