Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif sambut Nuzul Al-Quran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Sempena sambutan Nuzul Al-Quran, Progresif mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di ibu pejabatnya di Gadong, baru-baru ini.

    Majlis Khatam Al-Quran tahunan ini mencerminkan komitmen Progresif untuk memupuk penghayatan Al-Quran dalam kalangan pekerja, memastikan kesejahteraan rohani kekal sebagai sebahagian daripada budaya korporatnya.

    Selain itu, acara juga menyerlahkan makna Ramadan yang lebih mendalam bukan sahaja sebagai masa berpuasa tetapi sebagai bulan untuk mengukuhkan hubungan seseorang dengan Al-Quran.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengerusi Progresif, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, bersama-sama ahli pengurusan kanan dan pekerja. Acara diserikan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad oleh 30 kakitangan Progresif.

    Awang Mohammad Harris bergambar ramai bersama kakitangan Progresif pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda