Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif sediakan sambungan data berkelajuan tinggi untuk Hengyi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Progresif Cellular mencapai satu lagi kejayaan dalam bidang perniagaan dengan menandatangani perjanjian dengan Hengyi Industries Sdn Bhd bagi penyediaan sambungan data berkelajuan tinggi dan penyelesaian di tapak projek syarikat itu di Pulau Muara Besar (PMB) dan Ibu Pejabat Hengyi di The Empire Hotel & Country Club.

    Perjanjian dengan Hengyi itu menetapkan peringkat bagi Progresif Solutions yang merupakan talian terbaru penyelesaian perniagaan daripada syarikat yang fleksibel dan mampu untuk memenuhi keperluan organisasi kerajaan dan perniagaan swasta.

    Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Roger Plahay dalam satu kenyataan berkata bahawa perjanjian itu membuka jalan bagi syarikat itu untuk terus mencari penyelesaian inovatif bagi perniagaan di Brunei.

    “Perjanjian ini adalah satu contoh pendekatan kami yang hebat untuk menjalankan perniagaan dan ini adalah hasil daripada kerjasama pihak Progresif dan pihak Hengyi. Kami juga menyediakan sambungan kritikal untuk memudahkan pembangunan perniagaan dan keselamatan tapak yang membantu memajukan inisiatif pembangunan utama di Brunei.

    “Sejajar dengan perkembangan Progresif dalam memberikan tawaran produk dan perkhidmatan di luar komunikasi mudah alih, penyelesaian Enterprise juga memberi peluang besar bagi kami untuk terus menyampaikan inovasi melalui pendekatan perundingan dan kerjasama,” katanya.

    Manakala Pengurus Kanan Hengyi bagi Sistem Maklumat, Yap Boon Hui, pula berkata, ini adalah satu pencapaian besar untuk Hengyi Industries dan Progresif Cellular.

    “Penyelesaian yang Progresif sediakan membolehkan kita untuk berkomunikasi secara global melalui sambungan data yang berkualiti tinggi. Ia akan membolehkan kami untuk menghantar dan menerima data kritikal yang berkaitan dengan operasi dan keselamatan orang ramai dan kemudahan kami,” jelasnya lagi.

    Sementara itu, Ketua Progresif bagi Pembangunan Produk, Radi El Fassed, berkata Progresif Solutions telah memberikan tumpuan kepada kefahaman terhadap keperluan komunikasi perniagaan yang berbeza-beza bergantung kepada faktor-faktor seperti industri dan peringkat pertumbuhan.

    “Dengan Progresif Solutions, kami mempunyai pakar dan rakan niaga ICT yang bekerja dengan pelanggan-pelanggan kami untuk mereka bentuk, memasang dan mengendalikan penyelesaian kompleks yang berasaskan kepada keperluan pelanggan kami.

    “Kami percaya dalam memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melakukan apa yang mereka mahukan, bukan sekadar mempunyai pelan pakej yang tidak memenuhi kehendak mereka.

    “Dalam keadaan persekitaran perniagaan menjadi semakin kompetitif kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan swasta sentiasa mencari jalan untuk menguruskan sumber-sumber ICT mereka dengan lebih baik yang membawa kepada pertumbuhan yang cepat,” katanya.

    Menurut Radi El Fassed, organisasi-organisasi dan perusahaan-perusahaan-perusahaan memerlukan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, fleksibel dan murah sepadan dengan keperluan mereka dan boleh dikembangkan lagi seiring dengan pertumbuhan syarikat masing-masing.

    Oleh itu, Progresif Solutions telah memberikan kelebihan kepada institusi-institusi kerajaan dan syarikat-syarikat perniagaan dalam memaksimumkan produktiviti mereka dengan penyediaan sambungan rangkaian yang berdedikasi, pengurusan data dan perkhidmatan perundingan IT bagi agensi-agensi kerajaan dan perniagaan korporat.

    Sejak penubuhannya, Progresif telah berkembang dengan ketara dalam tempoh dua tahun lepas dengan bilangan pelanggan yang semakin berkembang dan rangkaian yang terus berkembang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda