Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Progresif sertai Sambutan HBK

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Progresif Sdn Bhd hari ini tidak ketinggalan menyertai Sambutan Hari Belia Kebangsaan Brunei (HBK) yang menandakan satu peristiwa penting di mana Progresif menyampaikan plak sebagai kenang-kenangan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Ia sekali gus mengesahkan komitmen yang tidak berbelah bahagi syarikat itu untuk memacu kemajuan Brunei sebagai sebuah negara digital.

    Gerak isyarat simbolik itu menggariskan dedikasi Progresif ke arah Brunei yang progresif dan diperkasakan secara digital.

    Sambutan itu memberi penekanan yang ketara kepada Aspirasi Belia dan kesediaan mereka untuk masa depan, memberikan peluang baik bagi Progresif berkongsi usaha perintisnya dalam inovasi digital, pemerkasaan belia dan sumbangan kepada ekonomi kreatif Brunei.

    Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Hajah Nurul Haniah binti Haji Jafaar dipetik berkata, “Progresif berbesar hati untuk berdiri bersama belia negara dan menyumbang kepada Brunei yang progresif.

    “Komitmen kami terhadap inovasi, memperkasakan belia, dan memupuk ekonomi kreatif yang berkembang maju sejajar dengan visi ‘Belia Siaga Masa Depan.

    “Kami merafakkan sembah ucapan menjunjung kasih yang tidak terhingga kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi Baginda dan berikrar untuk terus memacu kemajuan Brunei sebagai sebuah negara yang diperkasakan secara digital,” tambahnya.

    Sebagai sebahagian daripada sambutan HBK itu, Progresif Media juga menganjurkan Fireside Chat bertajuk Centrestage.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan dijunjung bergambar ramai di petak pameran Progresif. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda