Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Progresif tawar promosi menarik pelan Wi-Fi

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JAN – Dalam memeriahkan tahun baharu 2022, Progresif menawarkan diskaun menarik bagi pelan Wi-Fi mudah alih dan rumah secara eksklusif kepada pelanggan baharu, pelanggan yang berhasrat untuk menukar penyedia perkhidmatan atau pelanggan sedia ada yang ingin menukar pelan atau membuat kontrak semula dengan Progresif.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Progresif, tawaran terhad itu adalah untuk Postpaid Mobile MORE Plan dengan diskaun sehingga 25 peratus bagi enam bulan pertama untuk sebarang pendaftaran dengan kontrak 24 bulan.

    Dengan permintaan semasa untuk penggunaan Wi-Fi di rumah, Progresif juga memberikan diskaun sehingga 40 peratus untuk One Home Plus and ZOOM plans pada peringkat terpilih, termasuklah pemasangan percuma dan sewa talian tetap secara percuma pada kontrak selama 24 bulan.

    Tawaran berkenaan dihasratkan untuk memberi lebih banyak kebebasan kepada isi rumah dalam menetapkan pilihan yang berpatutan dan fleksibel untuk mengakses Internet sepanjang tahun.

    Kenyataan menyatakan, Progresif One Home Plus mempunyai pilihan pelan yang boleh memenuhi keperluan data setiap pelanggan yang sekali gus bertujuan untuk melengkapkan mereka yang memerlukan data untuk bekerja, pembelajaran dalam talian, penstriman dalam talian dan gaming daripada 500GB dengan kelajuan pada 50Mbps hingga 2.5TB berkelajuan data sehingga 200Mbps.

    Pelanggan juga boleh memilih penjimatan dengan pelan Wi-Fi ZOOM Home, dengan pilihan ZOOM 50Mbps atau 100Mbps dan tidak perlu risau tentang kuota data.

    Promosi berkenaan boleh didapati di semua kedai fizikal dan dalam talian Progresif dan juga kedai Progresif.

    Bagi setiap pembelian dalam talian, Progresif turut menawarkan penghantaran SIM percuma ke seluruh negara.

    Kakitangan Progresif memberikan perkhidmatan kepada seorang pelanggan di cawangannya di Times Square.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...