BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Syarikat telekomunikasi negara, Progresif Cellular Sdn Bhd menerima anugerah ‘Kempen Jenama Terbaik’ kali kedua pada Anugerah Komunikasi Asia (ACA) 2018 di Singapura baru-baru ini.
Progresif menerima anugerah itu dalam kempennya ‘Radio will never be the same again’, satu tagline bagi pelancaran Progresif Radio dan memacu reputasi syarikat tersebut dalam pembaharuan dan peningkatan berterusan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu di sini, Progresif Radio adalah stesen radio berasaskan aplikasi inovatif yang menggabungkan persembahan secara langsung, berita, segmen bual bicara dan kandungan On Demand yang termasuklah muzik dan podcast dalam satu pakej bagi para pendengar yang amat berminat dengan kandungan Brunei, tempatan dan luar negara.
Aplikasi itu mengikut trend radio internet sejagat dan penstriman online, satu percambahan dalam industri tersebut dan trend yang mengenakan kawalan lebih luas penggunaan kandungannya kepada pendengar.
Pelancaran Progresif Radio juga telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan pesat jenama Progresif dan telah membolehkan syarikat ini untuk menjana hasil daripada sumber baharu, yang membuatkan ia berbeza daripada definisi telekomunikasi biasa.

Aplikasi ini memainkan peranan penting menjana strategi kandungan menyeluruh Progresif dan saluran media yang mengandungi Majalah Progresif, Blog Progresif dan laman sesawang dan media sosial yang kesemuanya disenarai pendek bagi Anugerah Gaya Hidup Digital ACA’s.
Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards berkata kejayaan Radio Progresif adalah hasil daripada inovasi berterusan, kerjasama masyarakat dan kerja keras.
“Kami telah menerima sokongan menggalakan daripada masyarakat setempat semenjak ia dilancarkan dan dalam tempoh singkat, kami berjaya menyusun program-program yang menarik, daripada temu bual, persembahan secara langsung, komedi dan berita serta mendapat kerjasama memberangsangkan daripada anak-anak Brunei yang berbakat,” tambahnya.
Menurutnya lagi, “Kami amat gembira menerima begitu banyak sokongan bagi Radio Progresif daripada para pendengar dan pencipta kandungan yang telah membolehkan kami mewujudkan stesen radio yang telah menjadi platform bagi kebanyakan warga Brunei untuk memperlihatkan bakat mereka kepada dunia. Terima kasih kepada semua yang telah memilih cara kami berurusan, dengan menjadi sebahagian pergerakan Progresif.”
ACA telah dilancarkan pada tahun 2011 untuk mengiktiraf prestasi dan pembaharuan pengangkutan, penyedia perkhidmatan, pengendali dan pembekal utama di Asia.