Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek 1 Meal 1 Love diteruskan lagi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Pengagihan pek meal bagi projek ‘Berbagi Rezeki KKBT McDonald’s Brunei: 1 Meal 1 Love’ diteruskan lagi pada hari ini yang dilaksanakan oleh ahli-ahli Kelab Komuniti Belia Transformasi (KKBT) Pusat Belia Bandar Seri Begawan.

    Projek dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Dua jenis pek meal ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan McDonald’s dan setiap pembelian meal daripada pelanggan, pihak McDonald’s akan menyumbang meal tersebut untuk disalurkan ke projek ini. Sebanyak 1060 pek meal telah berjaya dikumpulkan melalui promosi minggu pertama yang dijalankan pada 4 hingga 10 Mei yang lepas.

    Sementara itu, promosi projek kedua yang berlangsung bermula 11 sehingga 17 Mei lepas telah menawarkan tiga jenis set meal.

    Bagi musim promosi minggu kedua pelanggan berpeluang untuk membeli set meal yang disediakan untuk projek ini. Tawaran dibukakan di kesemua ketiga-tiga cawangan McDonald’s iaitu cawangan Gadong, Jerudong dan Lambak Kanan.

    Ahli-ahli KKBT mengagihkan pek meal kepada atendan stesen minyak, pekerja buruh binaan serta golongan yang kurang berkemampuan.

    Pengagihan set-set meal dijalankan secara berperingkat-peringkat di sepanjang bulan Ramadan dan juga bulan Syawal.

    Setakat ini misi pengagihan telah diadakan pada 13 dan 16 Mei lalu.

    Pengagihan pek meal tersebut telah diserahkan kepada Kompleks Rumah Kebajikan JAPEM, atendan stesen minyak, pekerja buruh binaan serta turut berbagi rezeki kepada golongan yang kurang berkemampuan.

    Projek yang diungkayahkan ini telah mendapat maklum balas dan sambutan yang amat positif daripada masyarakat, apatah lagi golongan penerima.

    Makenisme perlaksanaan seumpama ini lebih dekat kepada masyarakat dan sampai kepada golongan yang di-sasarkan dengan lebih mudah serta selamat lebih-lebih lagi ketika negara masih lagi dalam usaha dalam mengawal penularan wabak COVID-19.

    Dengan adanya inisiatif gabungan kerjasama dan sokongan daripada pihak peniaga dan para belia, ia diharap akan memberikan impak yang lebih berkesan untuk sama-
    sama membantu pihak kerajaan mengelinga golongan yang kurang bernasib baik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda