Tuesday, March 4, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek Amali BGC bantu lima keluarga

    Oleh Daniel Lim

    KUALA BELAIT, 4 MAC – Syarikat Brunei Gas Carrries Sdn Bhd (BGC) terus mempamerkan komitmennya terhadap kebajikan masyarakat melalui Inisiatif Pelaburan Sosial dan Projek Amali ke-11 yang telah diadakan baru-baru ini.

    Sepasukan sukarelawan yang diketuai Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew melawat lima keluarga yang memerlukan di kawasan sekitar Kampung Merangking dan Kampung Bukit Sawat untuk menyampaikan sumbangan berupa keperluan menjelang bulan puasa.

    Keluarga-keluarga berkenaan dikenal pasti daripada usaha kerjasama berterusan antara BGC dan ketua kampung masing-masing

    Sumbangan yang disampaikan adalah termasuk beras, telur, minyak masak, barangan dalam tin, dan alat-alat pencuci.

    Semasa penyerahan sumbangan berkenaan, wakil BGC telah menyantuni setiap keluarga dengan menyampaikan kata-kata semangat dan solidariti.

    Kapten Abdul Mateen menyatakan penghargaan bagi pihak BGC dan kakitangannya dengan mengatakan, “Kami berbesar hati untuk memberikan sumbangan kepada keluarga ini, terutamanya dengan bulan Ramadhan yang semakin hampir.”

    Beliau turut berharap sumbangan berkenaan dapat membawa kelegaan dan meningkatkan kesejahteraan keluarga-keluarga berkenaan, dan BGC juga merakamkan penghargaan kepada ketua kampung Kg Merangking dan Bukit Sawat atas kerjasama dalam menjayakan inisiatif berkenaan.

    Melalui inisiatif seperti Projek Amali, BGC kekal berdedikasi untuk memberi kesan positif dan berkekalan kepada komuniti di mana ia beroperasi.

    Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew bersama salah seorang penerima semasa menyampaikan sumbangan berkenaan.

    Semua di atas: Antara suasana semasa menyampaikan sumbangan berkenaan. 

    Gambar ramai antara sukarelawan bersama salah seorang penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda