Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Projek arang batu AS$1.5 bilion dibatalkan

    PHNOM PENH, 29 NOV – Kemboja membatalkan rancangan untuk projek arang batu bernilai AS$1.5 bilion ketika perbincangan mengenai iklim sedang berlangsung di Dubai, kata menteri tenaga negara itu kepada AFP hari ini.

    Keo Rottanak berkata Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet akan mengumumkan pembatalan itu esok.

    Phnom Penh sebaliknya akan mempertimbangkan pembinaan terminal untuk mengimport gas asli cecair (LNG).

    “Kemboja komited sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja yang boleh bagi mencapai sifar bersih menjelang 2050,” kata Rottanak dalam mesej teks.

    “Matlamat pertama kami sebelum itu ialah sekurang-kurangnya 70 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2030 dengan program kecekapan tenaga dan elektrifikasi sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu.”

    Loji Botum Sakor berkuasa 700 megawatt telah dirancang di atas tanah dalam kawasan simpanan terpelihara di sepanjang pantai barat daya wilayah Koh Kong. – AFP

    Foto udara bertarikh 16 Disember 2022 menunjukkan Loji Kuasa Arang Batu Huadian Preah Sihanouk di Kemboja. Negara tersebut akan membatalkan projek arang batu bernilai AS$1.5 bilion di wilayah Koh Kong. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...