Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek bantu pelajar fahami konsep MIB

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 1 NOV – Dalam usaha memperkenalkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) dan pelbagai budaya Melayu, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Jefri Bolkiah melalui Unit MIB telah mengadakan Projek Kenali Negara Kitani (KNK), baru-baru ini.

    Sebanyak 14 kumpulan yang terdiri daripada 18 pelajar daripada program Diploma dalam Kejuruteraan Marin dan Diploma dalam Kajian Nautika telah menyertai projek tersebut.

    Antara aktiviti yang diadakan sebagai sebahagian daripada projek termasuk tayangan dokumentari untuk memupuk kesedaran tentang warisan sejarah serta memperkaya kreativiti dan pemahaman pelajar tentang identiti dan kebudayaan Brunei.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Pengetua Kampus Satelit IBTE, Dr Suhaimi bin Haji Abdul Wahab.

    Projek itu diharapkan membantu memupuk kesedaran budaya, membina semangat patriotisme dan memperkaya nilai tradisi dalam diri pelajar demi melahirkan generasi profesional yang berakar umbi dengan nilai budaya dan jati diri Brunei.

    Pelajar-pelajar yang menyertai projek tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN IBTE JBC
    GAMBAR SERAHAN IBTE JBC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda