Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Projek bekalan air Sabah, Sarawak tidak capai objektif

    KUALA LUMPUR, 4 JULAI – Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2024 Siri 2.

    Laporan itu menyatakan bahawa secara keseluruhannya projek Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sarawak dan Sabah tidak mencapai objektif yang telah ditetapkan. 

    Perkara ini susulan, terdapat kelemahan terhadap fungsi dan pelaksanaan projek yang tidak selari dengan objektif BALB, berkaitan taraf kesihatan dan kualiti hidup yang tidak dapat diukur. “Sasaran pencapaian projek itu juga tidak konsisten, kerana diturunkan dari penetapan asal tanpa justifikasi. Terdapat juga projek yang telah siap dan diserahkan kepada kerajaan negeri, namun tidak digunakan dan diselenggara serta peruntukan disalurkan tidak dibuat pembayaran pada tahun semasa.

    “Ketiadaan penyenggaraan secara berkala dan kelewatan pembaikan aset, menjejaskan operasi bekalan air dan jangka hayat aset menyebabkan kerugian kepada dana Kerajaan serta bekalan air tidak dapat dimanfaatkan oleh rakyat,” menurut laporan itu.

    Menurut LKAN sehingga Oktober 2023, terdapat 36 projek di Sarawak dan Sabah dengan kos jumlah lebih RM1.5 bilion masih dalam perancangan, walaupun telah mendapat kelulusan pada 2016, 2017 dan 2018.

    Dalam pada itu, semakan audit terhadap Laporan Bajet Program dan Prestasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi projek tersebut mendapati, baki peruntukan projek BALB Retikulasi Sarawak pada 2017 berjumlah RM1.24 juta dan RM4.98 juta bagi projek BALB Sabah pada 2020, tidak menggambarkan jumlah baki yang sebenar pada tahun tersebut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...