Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek Big Kem agih pakaian terpakai percuma

    BELAIT, 20 APRIL – Usaha murni membantu masyarakat setempat terus diperkasa apabila organisasi berbentuk bukan keuntungan (NPO), Projek Big Kem, menganjurkan program amal pertama di bawah inisiatif Program Big Kem Engage yang berlangsung di hentian teksi, pusat bandar Belait, kelmarin.

    Program berkenaan dimulakan beberapa hari lebih awal menerusi pengumpulan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang awam sebelum disusun dan dipamerkan untuk diagihkan secara percuma kepada orang ramai.

    Menurut kenyataan Projek Big Kem, idea program itu tercetus selepas mereka menerima maklum balas daripada rakan-rakan dan ahli keluarga yang ingin menyumbangkan pakaian terpakai tetapi tidak tahu ke mana harus disalurkan.

    Hasilnya, kumpulan itu memutuskan untuk menganjurkan projek yang memberi tumpuan kepada penggunaan semula, pengurangan dan kitar semula, di mana mereka mengumpul dan menyerahkan pakaian tersebut secara percuma.

    Pihak penganjur berharap program amal itu akan terus diadakan pada masa akan datang, kerana mereka merancang untuk mengadakan program serupa setiap enam bulan.

    Antara pengunjung yang melihat dan memilih pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang awam. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda