Oleh Daniel Lim –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV – Dengan perkhemahan sebelum ini mendapat sambutan yang baik daripada ramai kanak-kanak yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran sukan mereka, Projek Big Kem dijadualkan untuk kembali pada bulan November ini, dengan pendaftaran telah bermula pada 31 Oktober lalu.
Pendaftaran dibuka untuk 100 peserta yang akan menghadiri perkhemahan sukan selama dua hari, yang dijadualkan pada 24 hingga 26 November di Kompleks Sukan Mumong.
Acara itu akan menekankan latihan dalam seni bela diri seperti pencak silat, karate dan taekwando. Tenaga pengajar jemputan daripada Pertubuhan Seni Warisan Pelangi, Wadokai Karate Brunei Darussalam dan Akademi Seni, Beladiri Hybrid, akan hadir untuk menyumbangkan pengetahuan dan kepakaran mereka dalam mengajar asas sukan masing-masing kepada kanak-kanak di daerah tersebut.
Projek Big Kem bertujuan untuk memupuk pembangunan kemahiran, kerja berpasukan dan minat terhadap sukan dalam kalangan peserta yang tinggal di Daerah Belait berumur dari lapan hingga 11 tahun.
Dianjurkan oleh JCAD dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait, Projek Big Kem membantu memberikan akses yang mudah kepada 10 sukan sambil memupuk dan membangunkan generasi atlet seterusnya yang akan mewakili negara dalam acara sukan.