Tuesday, February 25, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek Bina Bakti bantu 10 keluarga

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Misi jelajah anjuran Projek Bina Bakti (PBB) dengan kerjasama Qifi Production telah mengadakan Program Menyantuni Masyarakat Edisi Khas sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-41 baru-baru ini.

    Pada program berkenaan, sebanyak 10 buah keluarga terdiri daripada golongan anak-anak yatim, ibu tunggal dan keluarga yang kurang berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara menerima sumbangan berbentuk catuan makanan asasi.

    Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Ahli Penasihat Projek Bina Bakti, Dayang Fatimah binti Haji Jamil dan turut hadir ialah Pemangku Pengerusi Satu PBB, Muhammad Amirul Aqil bin Abdullah Ang.

    Antara syarikat-syarikat yang turut serta sebagai penyumbang dalam program berkenaan ialah D’Sunlit Sdn Bhd, Perniagaan Malar Setia dan Milimewah Group.

    Antara lain tujuan sumbangan ini diharapkan akan dapat meringankan lagi bebanan para penerima dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

    Antara keluarga yang menerima bantuan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda