RENO – Di beberapa tempat di sekitar Reno di mana sekumpulan gelandangan berkumpul – di sebuah stesen bas, City Plaza, Taman David Taylor, di sepanjang Sungai Truckee – burrito percuma telah membina sebuah komuniti.
Burrito yang dibalut dengan aluminium dalam pemberian Projek Reno Burrito, sebuah kumpulan yang diasaskan oleh Blaize Abuntori, lepasan pelajar dalam bidang statistik dan data sains di Universiti Nevada, Reno (UNR).
Abuntori, yang berasal dari bahagian utara Ghana, menyedari kepayahan gelandangan di Reno dan mereka memerlukan bantuan. Pada April lalu, dia menghabiskan AS$20 untuk membeli empat biji burrito dari restoran Beto dan memberikan kepada mereka.
“Saya merasa sedikit sedih kerana saya hanya memberi empat biji burrito,” kata Abuntori, yang menyedari membuat burrito akan menjimatkan kos – dan dapat mengagihkan makanan dengan lebih banyak – jika dia sanggup membuatnya. Dia mengajak empat orang rakan-rakannya dan mereka berjaya membuat 15 biji burrito pada minggu hadapannya, itulah kisahnya bagaimana mereka memulakannya.
Kini, projek itu berjaya mengagihkan 200 biji burrito setiap Ahad, projek yang turut dibantu oleh kempen Go Fund Me, sebuah laman Instagram untuk mengutip dana para sukarelawan, memberi sokongan di UNR, termasuk sumbangan sebanyak AS$500 dari Profesor Marjorie Matocq, yang turut mencabar Kolej Pertanian untuk menghulurkan sumbangan yang sama.
Sepanjang projek dijalankan, mereka telah berjaya menubuhkan sebuah kumpulan sukarelawan yang terdiri daripada 10 orang, Abuntori berkata, termasuk 40 orang yang lain yang turut memberikan sumbangan berupa masa dan wang. “Kami berbincang dengan orang ramai. Kami mengenali nama-nama mereka. Kami mula membina sebuah komuniti yang baik.”
Ketika dia pertama kali tiba di Amerika Syarikat, Abuntori menikmati burrito pertamanya di restoran Beto. “Saya menyukainya. Saya suka bagaimana ia dibungkuskan,” tambahnya.
Bangunan burrito diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad di apartmen tempat tinggal Abuntori dan beberapa kediaman para sukarelawan. Daging cincang, nasi dan kacang panggang dimasak sebagai inti, kemudian burrito digulung dan dibungkus. Sebanyak 30 hingga 35 daging kisar digunakan setiap minggu. – AP
