Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Projek daging wagyu tarik rakyat M’sia ke restoran Jepun

    KUALA LUMPUR, 9 JAN – Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) Malaysia bekerjasama dengan FunNow, sebuah aplikasi tempahan yang popular di bandar-bandar Asia, untuk memberikan kesegaran kepada cita rasa Malaysia terhadap daging wagyu Jepun berikutan makan di restoran kini dibenarkan selepas sekatan pergerakan yang berpanjangan.

    Pegawai Projek Jetro Haruka Akutagawa berkata projek itu, yang berlangsung dari 1 Dis 2021 hingga 15 Jan 2022, melibatkan sembilan restoran Jepun di Lembah Klang yang menyajikan daging wagyu Jepun gred tinggi pada harga diskaun di bawah platform FunNow.

    Beliau berkata dalam tempoh sekatan pergerakan, beberapa restoran telah terjejas oleh kelembapan dalam industri makanan dan minuman dan terpaksa ditutup.

    Sejajar dengan perubahan gaya hidup moden, katanya pertumbuhan industri perkhidmatan makanan dan prestasi ekonomi yang kukuh, perbelanjaan pengguna di restoran semakin meningkat.

    “Dengan makan di restoran kini dibenarkan, kami menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan daging wagyu Jepun dengan menyediakan sistem beratur yang disyorkan kerajaan untuk orang ramai membuat tempahan di restoran yang mengambil bahagian.

    “Jumlah tempahan semakin meningkat melalui projek ini, dan seperti yang anda tahu, adalah lebih baik untuk makan di restoran untuk menikmati keunikan rasa daging wagyu dalam suasana yang nyaman.

    “Platform ini memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada orang ramai untuk membuat tempahan mereka terutamanya pada waktu puncak pada waktu makan tengah hari,” kata Akutagawa kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...