PAPAR, 26 JUN – Projek pembinaan empangan Papar akan dimulakan sebaik sahaja pelan baharu siap secepat mungkin, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.
Beliau berkata reka bentuk atau pelan baharu empangan berkenaan dibuat setelah kerajaan negeri memutuskan untuk membina empangan itu di sungai Papar iaitu bersebelahan dengan Kampung Menderingin. – Bernama