Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Projek Harapan Ku bantu wanita kurang bernasib baik

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Bagi membantu dan memberikan kemahiran kepada sebilangan besar wanita yang kurang bernasib baik di Daerah Temburong, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah melancarkan Projek Harapan Ku yang berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan projek berkenaan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Majlis berkenaan diselajurkan dengan penyampaian sijil penyertaan dan kotak peralatan jahitan kepada 11 peserta projek yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis dan Yang Di-Pertua MKM, Awang Mohd Yusof Halim.

    Terdahulu itu, penerangan mengenai Projek Harapan Ku telah disampaikan oleh Datin Paduka Intan Kassim selaku ketua fasilitator projek.

    Beliau mengongsikan projek tersebut bertujuan meningkatkan taraf hidup wanita yang kurang bernasib baik yang berdaftar sebagai klien MKM, dengan membekalkan mereka dengan alat, latihan dan sumber yang diperlukan untuk menubuhkan perniagaan jahitan.

    Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pemerkasaan ekonomi di mana projek itu memperkasakan mereka untuk menjana pendapatan yang stabil, yang bukan sahaja meningkatkan kestabilan kewangan mereka tetapi juga meningkatkan harga diri mereka dan status sosioekonomi.

    Pada majlis itu, tetamu kehormat dan tetamu khas yang lain berpeluang menyaksikan pameran mini yang memaparkan hasil kerja tangan peserta Projek Harapan Ku.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Antara hasil tangan dan penerbitan peserta Projek Harapan Ku semasa majlis pelancaran yang berlangsung di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    3 pelajar ke Jepun dalami pengajaran bencana tsunami

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov- Sekumpulan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...