Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek infak bantu golongan kurang bernasib baik

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MAC – Sebagai usaha untuk membantu menyediakan barangan keperluan harian dan asasi kepada keluarga yang kurang berkemampuan serta kurang bernasib baik, Majlis Belia Brunei dan Green Brunei telah melaksanakan Projek #INFAQ1 Beli dan Sedekahkan, baru-baru ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Belia Brunei, di sini, menyatakan bahawa ahli-ahli Majlis Belia Brunei dan Green Brunei berjaya untuk mengagihkan barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh orang ramai dalam bentuk beras, telur, minyak masak dan keperluan lain, kepada seramai 130 isi rumah di keempat-empat daerah.

    Acara itu turut disokong oleh Nextacloud Technologies Sdn Bhd dan Sabli Food Industries Sdn Bhd.

    Program yang direka untuk membantu menyediakan barangan keperluan harian dan asasi kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik serta kurang berkemampuan, diharap dapat mengurangkan beban kewangan pada bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

    Gambar ramai semasa projek anjuran Majlis Belia Brunei dan Green Brunei baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MBB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda