Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek Jalinan Kasih diteruskan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Projek Jalinan Kasih merupakan tanggungjawab sosial Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam sama-sama mendukung hasrat kerajaan bagi mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang penyayang dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.

    Sehubungan itu, Bahagian Rancangan Radio, RTB meneruskan lagi pelaksanaan projek Jalinan Kasih ke-16 dan Majlis Doa Selamat serta penyerahan Sijil Jalinan Kasih ke-16 Tahun 2024 yang berlangsung di Bilik VIP, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RTB, di sini, hadir pada majlis berkenaan dan menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang ialah Pemangku Pengarah RTB, Cheong Chee Keong.

    Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan kakitangan RTB serta para penyumbang projek.

    Pada tahun ini, sebanyak 13 buah syarikat tempatan ikut serta memberikan sumbangan kepada para penerima iaitu Hamitan Group, TGT Sdn Bhd, BMC Food Industries Sdn Bhd, Bahagia Distributors Sdn Bhd, Pearl Café, Hotel Radisson, McDonald’s @ Makan Ceria, SKH, YMRM, Madison & Al-Hayaah Brunei, BIBD, Darul Trustee Remittance & Services dan Restoran Tanda Kasih.

    Seperti lazimnya, projek itu disasarkan kepada beberapa golongan yang berhak menerima bantuan seperti warga emas, anak-anak yatim, golongan mualaf, ibu tunggal di mana RTB akan menyerahkan sumbangan kepada 20 keluarga iaitu lima keluarga dari setiap daerah.

    Pegawai dan kakitangan RTB semasa menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para penerima. – GAMBAR SERAHAN RTB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda