Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kanvas silo terbesar selesai di buat di Australia

    AUSTRALIA – Mural paling kompleks dan terbesar di Australia telah selesai dibuat oleh seorang artis seni yang berkemahiran tinggi, Guido Van Helten. Baru-baru ini, artis seni itu telah melakukan sentuhan terakhir bagi memperhalusi lagi ciptaan seni itu. Mural paling kompleks dan terbesar itu dibuat di sebuah silo yang terletak di Coonalpyn, Selatan Australia dan lukisan mural itu telah berjaya menarik beberapa perhatian orang awam dan merasa kagum melihat nilai seni yang hebat itu. Artis yang berkemahiran tinggi dalam bidang mural itu berasal dan berpangkalan di Brisbane dan Van Helten telah tiba di bandar Princess Highway iaitu 200 kilometer, Tenggara Adelaide pada awal bulan Februari yang lalu untuk melaksanakan projek tersebut.

    Artis berkemahiran tinggi itu telah menghabiskan masa sekitar seminggu untuk membuat idea dan pelbagai persiapan untuk mencipta satu lakaran yang hebat pada bangunan silo itu. Namun sebelum itu, Van Helten terlebih dahulu meneroka di sekitar kawasan perkampungan itu dan mengambil beberapa contoh gambar daripada para penduduk di mana dianggarkan sekitar 300 penduduk mendiami kawasan itu. Akhirnya, artis seni itu telah mengambil keputusan untuk menggunakan gambar kanak-kanak yang telah digambarnya di sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Coonalpyn.

    Dalam pada masa yang sama, Van Helten turut mendedahkan nama-nama gambar kanak-kanak yang akan dilakarnya kepada pihak media iaitu Kiarah Leske dan Blake Thompson yang berusia enam tahun manakala kanak-kanak yang berusia lima tahun pula ialah Macey Jacobs dan Reef Gregor serta seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang bernama Ciara Johson. Lima orang kanak-kanak ini akan menjadi satu bahan gambar dan lakaran yang akan dilukis oleh Van Helten di bangunan silo tersebut.

    “Dalam kebanyakan bandar-bandar kecil di Australia, masyarakat ingin benar-benar mahu melihat dan memberikan tumpuan kepada masa lalu dan sejarah mengenai bandar atau industri di kawasan bandar-bandar kecil di Australia. Namun sebenarnya, tema yang saya selalu gunakan dan kemukakan agak sedikit berbeza serta saya cuba mengelak untuk menggunakan tema sejarah lalu dan sebagainya,” tambah Van Helten kepada pihak media.

    Artis berkemahiran tinggi itu telah menghabiskan masa sekitar seminggu untuk membuat idea dan pelbagai persiapan.
    Artis berkemahiran tinggi itu telah menghabiskan masa sekitar seminggu untuk membuat idea dan pelbagai persiapan.

    Mural paling kompleks dan terbesar itu dibuat di sebuah silo yang terletak di Coonalpyn, Selatan Australia.

    Mural paling kompleks dan terbesar itu dibuat di sebuah silo yang terletak di Coonalpyn, Selatan Australia.

    Tujuan utama projek itu dijalankan adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke bandar pertanian itu dan membawa masyarakat bersama-sama mengenal kehebatan seni.
    Tujuan utama projek itu dijalankan adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke bandar pertanian itu dan membawa masyarakat bersama-sama mengenal kehebatan seni.

    Mewakili masa depan

    Artis seni itu sebenarnya ingin mengemukakan sesuatu yang mewakili keadaan masa depan sebuah bandar dan beliau telah menjadikan kanak-kanak ini sebagai model yang mampu memberikan inspirasi kepada kanak-kanak yang lain untuk sentiasa memandang ke hadapan dengan satu pemikiran yang meluas dan apa yang paling penting, kreatif. Artis seni terkenal itu berharap seni yang dihasilkannya ini akan mampu mengembangkan lagi industri kreatif negara tersebut. “Ini adalah kali pertama saya menghasilkan satu lakaran di bangunan silo di mana bangunan ini masih lagi beroperasi seperti biasa untuk kemudahan para penduduk di kawasan tersebut,” tambah Van Helten lagi kepada wartawan media.

    Perancangan untuk menjalankan projek itu telah berjalan awal daripada apa yang telah dirancang malah artis seni berkemahiran itu sering kali mengalami masalah teknikal dengan beberapa peralatan untuk melukis silo tersebut malah Van Helten menghadapi cabaran yang tinggi untuk melukis di bahagian atas kanvas gergasi itu yang mana memerlukan sandaran dan pertolongan dengan menggunakan mesin-mesin teknologi tinggi. Van Helten juga turut menghadapi beberapa isu-isu semasa seperti isu keadaan cuaca yang tidak mengizinkannya untuk meneruskan projek tersebut dan juga isu-isu mengenai reka bentuk silo tersebut yang sangat rumit dan kompleks. Namun, pengurus projek tersebut, Coorong Kew Taeger berkata bahawa bandar tersebut sangat suka dengan karya seni yang telah dihasilkan oleh artis seni terkenal itu.

    Penciptaan karya seni yang terbesar itu mendorong satu cita-cita yang besar dan telah membayar dividen dengan beberapa bayaran yang tertentu apatah dengan peningkatan bilangan kereta yang melalui kawasan itu akan berhenti dan telah membelanjakan wang mereka untuk melihat dengan lebih dekat kawasan seni itu. Namun apa yang menyedihkan, kebanyakan kedai-kedai yang berdekatan dengan silo seni itu telah ditutup namun hanya beberapa buah perniagaan baru telah dibuka di jalan utama malah diramalkan, beberapa perniagaan juga akan dibuka dan semakin meningkat termasuk perniagaan kafe dan kedai-kedai runcit.

    Sebuah syarikat nasional Oliver Real Food telah dijadualkan untuk membuka kedai mereka berdekatan dengan silo seni itu pada bukan Ogos tahun ini bagi memeriahkan lagi kawasan silo seni itu. Lukisan silo 30 meter itu adalah merupakan satu projek perdana dalam program seni pembaharuan yang dijalankan bagi memeriahkan dan mewarnakan suasana kreatif di Coonalpyn, Australia.

    Majlis perbandaran negara itu dengan seni negara bersama-sama dengan penaja perniagaan tempatan telah membiayai skim seni itu yang mana dianggarkan bernilai AS100,000 termasuk lima projek seni yang lebih kecil bersama-sama dengan lukisan silo yang besar yang lain. Tujuan utama projek itu dijalankan adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke bandar pertanian itu dan membawa masyarakat bersama-sama melalui seni. “Ini adalah sesuatu yang menarik dan memuaskan kerana ia berfungsi untuk menaikkan komuniti di kawasan ini,” tambah Van Helten mengakhiri temu ramah bersama media. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda