Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kesedaran beri ganjaran satu peso untuk lima nyamuk

    MANILA, 19 FEB – Penduduk di kawasan kejiranan tengah Manila beratur hari ini, ketika kes denggi meningkat di seluruh negara, untuk mengutip hadiah – satu peso untuk setiap lima ekor nyamuk, sama ada hidup atau mati.

    Ketua Kampung di Adddition Hills, Carlito Cernal, berkata projek meningkatkan kesedaran yang diperkenalkannya boleh memberi impak besar dalam mengekang penularan penyakit tropika itu apabila digabungkan dengan usaha pembersihan oleh warga tempatan.

    egawai kesihatan Filipina dan pakar berkata kepada AFP bahawa mereka berasa kurang yakin, akan tetapi semangat tinggi telah ditunjukkan dalam kalangan penduduk yang sanggup membawa baldi, cawan dan bekas peralatan lain diisi dengan nyamuk penular denggi sebagai pertukaran wang tunai.

    Iluminado Candasua membawa tiga spesimen nyamuk hidup dalam cawan plastik tertutup yang dikira dengan teliti dan dipindahkan oleh pegawai kampung ke sebuah mesin lampu UV tertutup kaca.

    “Sangat sukar untuk menangkap nyamuk,” kata Candasua kepada AFP, menjelaskan bagaimana dia secara strategik memilih balai bomba bercahaya gelap di mana dia menggunakan cawan untuk memerangkap nyamuk secara manual.

    Candasua berkata peso yang dia peroleh atas usahanya, bernilai lebih sedikit daripada satu sen Amerika Syarikat, akan dimasukkan ke dalam tabung simpanan bagi membeli telefon bimbit untuk anaknya.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan Filipina sebagai negara paling terjejas akibat denggi di rantau Pasifik Barat pada 2023 apabila ia mempunyai 167,355 kes dan 575 kematian. – AFP

    Cernal dan para pekerja kebajikan mencari nyamuk dalam bekas plastik yang diserahkan oleh penduduk pada permulaan program di Manila pada 19 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda