Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek kilang arang batu undang kontroversi

    TOKYO, 30 DIS – Jepun dan Korea Selatan akan meneruskan dengan projek kilang arang batu di Vietnam dan akan memperuntukkan pinjaman berjumlah AS$1.8 bilion dalam projek itu, meskipun mengumumkan janji untuk menjadi negara neutral karbon.

    Bank Jepun untuk Kerjasama Antarabangsa (JBIC) berkata ia akan meminjam kira-kira AS$636 juta untuk projek Vung Ang 2 di tengah Vietnam, yang telah menerima kritikan antarabangsa malah percanggahan pendapat dalam kerajaan Jepun.

    Institusi kewangan swasta dan Bank Eksport-Import Korea akan menyalurkan pinjaman, dengan jumlah bersamaan dengan AS$1.77 bilion, kata JBIC semalam.

    Kilang Vung Ang 2 dengan 1,200 megawat pertama dicadangkan satu dekad lalu dan telah menerima pelaburan dari firma besar seperti Mitsubishi Corporation.

    Jepun berkata pada Julai ia akan memperketat peraturan untuk pelaburan dalam stesen tenaga yang menggunakan arang batu berdasarkan sebab-sebab alam sekitar, namun enggan berjanji untuk menamatkan pembiayaan kerajaan dalam projek itu atau membatalkan projek yang ada sekarang.

    Negara itu juga mengumumkan rancangan baru-baru ini untuk merangsang tenaga boleh diperbaharui dan menghapuskan kereta petrol secara berperingkat dalam usaha mencapai matlamat baharunya untuk neutral karbon pada 2050. Korea Selatan juga mengumumkan janji yang sama tahun ini.

    Vung Ang 2 dikecam pada Mei apabila 127 kumpulan alam sekitar dari 40 negara menandatangani petisyen menggesa semua pihak Jepun yang terbabit – dilaporkan termasuk bank besar – supaya menarik diri dari projek itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda