Sunday, November 24, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek landasan kereta api laju Baltik dijangka siap menjelang 2030

    HELSINKI, 8 SEPT – Estonia, Latvia dan Lithuania berkata kelmarin mereka komited untuk menyiapkan projek landasan kereta api berkelajuan tinggi menjelang 2030 yang mengalami masalah dari segi kewangan dan tertangguh lama untuk mengintegrasikan tiga buah negara Baltik dengan rangkaian kereta api benua Eropah.

    Projek tersebut bersedia untuk menghubungkan ibu kota Baltik Tallinn, Riga dan Vilnius di landasan baharu dengan kereta api penumpang pada kelajuan sehingga 250 kilometer sejam, di mana ia telah dilancarkan pada 2014 sebagai usaha sama seluruh Baltik dengan pembiayaan terutamanya disediakan oleh Kesatuan Eropah (EU).

    Menteri Infrastruktur Estonia, Vladimir Svet berkata kelmarin selepas pertemuan awal dengan Menteri Pengangkutan Latvia dan Lithuania, “Ia merupakan matlamat kami untuk memulakan perkhidmatan kereta api penumpang dan barang di seluruh laluan Rail Baltica mulai 2030.

    “Bagaimanapun, kami masih perlu memerhatikan pertumbuhan kos dan mencari jalan untuk menjimatkan wang serta membina dengan lebih cekap,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sementara rancangan awal 2010 menyaksikan jumlah kos projek sekitar 3.5 bilion euro (AS$3.9 bilion), laporan bersama Jun oleh juruaudit dari tiga buah negara Baltik menunjukkan peningkatan kos usaha niaga itu dan berkata projek itu mungkin memerlukan sehingga 19 bilion euro (AS$21 bilion). – AP

    Gambar bertarikh 22 Februari 2023 menunjukkan orang ramai berjalan di stesen kereta api Baltic di Tallinn, Estonia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda