Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek lapangan terbang Belfast tingkat tenaga solar

    BELFAST, 19 OKT – Lapangan terbang Antarabangsa Belfast akan dikuasakan oleh ladang tenaga solar baharu yang akan menyerapkan elektrik berlebihan ke dalam grid tenaga di Ireland Utara, kata gergasi pembinaan Perancis, Vinci, kelmarin.

    Vinci, yang mengendalikan lapangan terbang itu, berkata projek itu adalah sebahagian daripada peningkatan AS$121 juta oleh Belfast International yang berusia 60 tahun.

    “Tenaga berlebihan yang dihasilkan oleh ladang itu akan dimasukkan ke dalam grid Ireland Utara,” kata Ketua Eksekutif Vinci Concessions dan presiden Vinci Airports, Nicolas Notebaert.

    Menurut Vinci, yang telah mengendalikan Belfast International sejak 2018, ladang solar itu akan menghasilkan 22.4 gigawatt jam (GWj) elektrik setiap tahun dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 12,500 tan. Walau bagaimanapun, tenaga elektrik yang dihasilkan hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah tahunan yang digunakan di Ireland Utara, yang berjumlah 7,420 GWj mengikut data rasmi terkini.

    Hampir separuh daripada penggunaan elektrik Ireland Utara dihasilkan daripada sumber-sumber boleh diperbaharui, dengan kuasa angin menjadi penyumbang terbesar. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda