Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek Lebuh Raya Pan Borneo capai kemajuan ketara

    LABUAN, 28 OGOS – Projek lebuh raya Pan Borneo telah mencapai kemajuan ketara dalam usaha berterusan untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya Sabah, menurut Chartered Institute of Logistic and Transport cawangan Sabah (CILT Sabah).

    Pegawai Perhubungan CILT Sabah, Daniel Doughty berkata bahagian Sabah dalam projek itu diterajui oleh seorang menteri dengan latar belakang kejuruteraan yang membantu menangani pelbagai cabaran dan menyumbang kepada kemajuan projek itu.

    “Persiapan menerima keberangkatan konvoi Yang Di-Pertuan Agong dari Tawau, Sabah ke Kuching, Sarawak (menggunakan lebuh raya) pada 3 September ini semakin meningkat.

    “Pendekatan langsung Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah merancang dan melaksanakan projek lebuh raya Pan Borneo yang tertangguh telah memainkan peranan penting dalam membawanya lebih dekat kepada siap,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Daniel berkata pengangkutan darat negeri itu telah lama terlalu bergantung kepada rangkaian jalan raya sedia ada.

    “Bagi menangani perkara ini, pembiayaan yang besar daripada kerajaan persekutuan telah diperuntukkan,” tambahnya. – Bernama

    Lebuhraya Pan Borneo Sabah pakej kerja 4 dari Bongawan ke Papar yang kini masih dalam pembinaan, 20 Ogos lalu. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda