Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Projek naik taraf SMV Bintulu kepada kolej 42 peratus siap

    BINTULU, 6 MEI – Projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Bintulu kepada Kolej Vokasional Bintulu bernilai RM21.5 juta dijadualkan siap menjelang Jun 2025.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata kemajuan projek itu kini pada tahap 42 peratus iaitu 69 hari lebih awal daripada jadual.

    Beliau berkata skop utama projek itu membabitkan pembinaan blok pembelajaran vokasional bagi kursus seni kulinari, fesyen, kosmetologi, elektrik dan elektronik, reka bentuk bantuan komputer (CAD), pendawaian, teknologi automotif, mesin industri, pembinaan dan kimpalan.

    “Ia dijangka diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) menjelang Jun 2025,” katanya menambah kemajuan projek itu dibentangkan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak kepada beliau baru-baru ini.

    Sementara itu, menurutnya, pembinaan projek Kuarters Persekutuan Bintulu bernilai RM65.5 juta di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini 92 hari lebih awal daripada jadual dengan kemajuan 33.8 peratus.

    Beliau berkata projek itu dijadualkan siap pada Julai 2025. – Bernama

    Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 Mei. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...