Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek pelaburan Kemboja cecah AS$5.33b

    PHNOM PENH, 30 DIS – Sektor pembinaan Kemboja menarik jumlah pelaburan sebanyak AS$5.33 bilion pada 2021, turun 31 peratus dari tahun ke tahun, menurut laporan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

    Diterbitkan oleh Kementerian Pengurusan Tanah, Perancangan Bandar dah Pembinaan (MLMUPC), laporan itu menunjukkan negara Asia Tenggara itu telah memberikan lesen kepada 4,303 projek pembinaan pada 2021.

    China, Korea Selatan dan Jepun dilihat sebagai pelabur asing tertinggi dalam sektor pembinaan dan hartanah negara.

    Menurut laporan, Kemboja sekarang mempunyai 2,392 bangunan pencakar langit (di antara 5 sehingga melebihi 40 tingkat), 474 buah lokasi di bandar dan kompleks kediaman baharu, 1,053 buah bangunan hotel, 2,951 buah bangunan komersial, 10,512 buah kilang, dan 323 buah bangunan pelbagai guna.

    Kira-kira 1,334 buah syarikat pembinaan dan reka bentuk rumah beroperasi di kerajaan itu, tambahnya.

    Pembinaan adalah salah satu daripada empat tunggak untuk membantu ekonomi negara.

    Tiga sektor yang lain adalah eksport pakaian, pelancongan dan pertanian. – Xinhua

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda