Monday, September 16, 2024
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek RKAT Sabah diluluskan

    KOTA KINABALU, 4 SEPT – Beberapa projek pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di kem tentera Sabah telah diluluskan dalam usaha memberikan keselesaan kepada anggota pasukan tersebut.

    Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, berkata pembinaan sebanyak 513 unit RKAT dengan peruntukan RM213 juta telah diluluskan bagi Kem Lok Kawi, selain tambahan peruntukan selenggaraan untuk struktur seperti di padang bola dan sistem perparitan.

    Beliau berkata, 5 Divisyen juga telah menerima peruntukan RM298 juta bagi membangunkan 601 unit RKAT untuk anggota Markas 5 Briged dan Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) (Mekanize) di Kota Belud.

    Beliau berkata melalui Rancangan Malaysia ke-11, kem untuk Markas 5 Briged dan 19 RAMD (Mekanize) juga sedang dibangunkan di Kota Belud dengan kos siling RM200 juta yang telah dimulakan pada 19 April lalu.

    “Semua hasil yang diperoleh warga Nerang Separang (5 Divisyen) ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Malaysia dan tampuk pemerintahan tertinggi Tentera Darat terhadap warga 5 Divisyen ini,” katanya berucap pada Sambutan Hari Ulang Tahun Kelima 5 Divisyen di Kem Lok Kawi, hari ini.

    Malek Razak berkata, RM120 juta pula telah diperuntukan untuk pembinaan sebanyak 187 unit RKAT di Kem Kabota di Tawau yang menempatkan 7 RAMD.

    Selain itu, beliau berkata RM547 juta telah diluluskan untuk pembinaan kem dan 341 unit RKAT bagi pasukan 13 Briged di Felda Sahabat, Lahad Datu, projek itu telah bermula pada 15 Nov tahun lepas. – Bernama

    Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman (kiri), bersama Timbalan Komander Operasi Am Komando Pasifik Tentera Amerika Syarikat (AS) (25ID-USARPAC), Brigadier Jeneral Kevin Williams (tengah), dan Timbalan Komander Operasi Am Komando Pasifik Tentera AS (25ID-USARPAC), Brigadier Jeneral Kevin Williams semasa pelancaran Latihan Strike Keris Siri 29/2024 di Kota Belud pada 28 Jun. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda