Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek roket ‘Baguette One’ Perancis dapat pembiayaan

    PARIS, 12 DIS – Sebuah konsortium diketuai Perancis berkata hari ini ia telah menerima pembiayaan untuk projeknya membangunkan roket kecil kos rendah yang inovatif dipanggil ‘Baguette One’ dan melancarkannya ke angkasa lepas.

    HyPrSpace bersama-sama dengan usaha sama firma pertahanan Itali Leonardo dan firma IT Perancis Thales dan CT Engineering sedang meneruskan projek bernilai AS$38 juta yang bertujuan untuk mendemonstrasi jenis enjin roket baharu.

    Mereka berkata hari ini bahawa mereka telah menerima pembiayaan daripada France 2030, sebuah dana kerajaan Perancis yang melabur dalam teknologi inovatif.

    Jumlah pembiayaan tidak dinyatakan, tetapi menurut akhbar perniagaan La Lettre ia adalah 21 juta euro, atau 60 peratus daripada jumlah kos.

    Baguette One sepatutnya terbang pada awal tahun 2026 dan bertujuan untuk meletakkan satelit kecil sehingga 250 kilogram ke orbit.

    HyPrSpace telah pun menerima sokongan daripada dana France 2030 untuk membangunkan enjin roket hibridnya yang menggabungkan kedua-dua bahan api cecair dan pepejal dan yang tidak memerlukan pam turbo, peralatan yang kompleks dan mahal.

    Komponen bahan api pepejal boleh menggunakan polietilena kitar semula, plastik biasa, menurut HyPrSpace. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda