Wednesday, April 2, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek santuni 10 keluarga memerlukan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Menyantuni penduduk kampung bukan sekadar memberikan bantuan tetapi juga merapatkan hubungan yang erat dan saling menyokong antara satu sama lain supaya golongan berkenaan tidak terasa disisihkan.

    Dalam hubungan itu, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor Mentiri yang diketuai oleh Ketua Kampung, Haji Mohammad Eddie Hardey bin Haji Ibrahim selaku Pengerusi MPK Kawasan 2 berkesempatan menyantuni beberapa orang penduduk kampung yang terpilih bagi menerima sumbangan dalam projek, Santunan Rahmah Syawal bagi 2025, baru-baru ini.

    Sebanyak 10 keluarga terdiri daripada ibu tunggal dan golongan memerlukan yang bermastautin di Kawasan 2 RPN Kampung Panchor Mentiri yang dipilih pada tahun ini telah menerima sumbangan berupa barang keperluan asasi daripada MPK Kawasan 2 RPN Kampung Panchor Mentiri, Al-Risqi Enterprise dan para keluarga.

    Selain itu, ahli-ahli AJKT, keluarga dan sahabat Persatuan Siswazah Negara Brunei turut menghulurkan sumbangan berupa sampul kepada 27 orang penerima.

    Kesemua sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Haji Mohammad Eddie Hardey.
    Projek amal itu dihasratkan membantu meringankan bebam golongan ibu tunggal dan golongan yang memerlukan dalam menyambut kedatangan syawal yang bakal menjelang tiba.

    Haji Mohammad Eddie menyampaikan sumbangan kepada para penerima dalam projek amal, Santunan Rahmah Syawal bagi 2025. – GAMBAR SERAHAN MPK KAWASAN 2 RPN KAMPUNG PANCHOR MENTIRI
    GAMBAR SERAHAN MPK KAWASAN 2 RPN KAMPUNG PANCHOR MENTIRI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda