LABUAN, 29 SEPT – Artis tempatan dan dari Semenanjung berjaya memberi nafas baru di dinding bangunan lama di Labuan dengan cara menghidupkannya semula menerusi sentuhan artistik hingga tercipta satu hamparan seni mural gergasi.
Sekurang-kurangnya 13 mural dan 3D (lukisan tiga-dimensi) dihasilkan oleh lima artis dari Kuala Lumpur dan lima dari Labuan dan Sabah telah menyerikan dinding luaran bangunan yang berusia lebih satu dekad dengan menyalurkan mesej dan tujuan tertentu.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang menyaksikan penyudahan lukisan mural itu hari ini berkata, projek seni jalanan dan ‘Arca kitar semula’ ditaja sepenuhnya oleh kementerian dan di selaras agensi di bawahnya iaitu Balai Seni Negara agar siap lebih awal sebelum Tahun Melawat Malaysia 2020. – Bernama
