Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Projek terbengkalai dijangka meningkat

    KUALA LUMPUR, 29 MEI – Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

    Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai mencatatkan sebanyak 110 projek lewat, 435 projek sakit dan 112 projek terbengkalai sehingga 31 Mac lepas.

    “Di bawah Task Force, kita menilai jumlah projek secara bulanan kerana status pertukaran projek berlaku secara dinamik yang mana ada bulan projek berstatus ‘sihat’ bulan depan dia ‘jatuh sakit’ atau berlaku kelewatan.

    “Pada masa sama, (menerusi) gambaran yang kami terima dalam mesyuarat yang baru selesai, mungkin ada berlaku peningkatan lagi, tapi saya belum umumkan statistik itu,” katanya kepada pemberita ketika melawat dua projek pembangunan swasta berstatus sakit di sini hari ini.

    Beliau berkata tumpuan utama Task Force adalah mengurangkan jumlah projek sakit antara lain dengan turun padang dan membantu mencari penyelesaian bagi memastikan pemaju menunaikan tanggungjawab bagi menyempurnakan projek.

    “Ada beberapa aspek yang kita nilai antaranya kemampuan pemaju untuk menyiapkan projek, memahami sekiranya ada masalah dihadapi yang mana pihak Task Force akan bantu cuba mempermudah proses tersebut,” katanya. – Bernama

    Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Malaysia, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) melakukan lawatan kerja ke tapak projek Perumahan Residensi Hektar, Gombak. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...