Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Projek terowong bawah permukaan air sudah separa siap

    CHITTAGONG, BANGLADESH, 28 NOV – Pembinaan terowong di bawah permukaan air di Bangladesh berjalan lancar apabila pembinaannya kini sudah separa siap, lapor Xinhua.

    Terowong Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman, terowong pertama Asia Selatan yang dibina di bawah permukaan air itu terletak di muara Sungai Kanapuri di bandar Chittagong, menghubungkan tebing timur dan barat Sungai Kanapuri.

    Dibina syarikat China Communication Construction Co Ltd, terowong sepanjang 9.3 kilometer (km) dengan kelajuan reka bentuk 80km sejam itu mendapat sokongan Bank Eksport-Import China.

    Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina pada Sabtu menyertai majlis penghargaan secara maya dari kediaman rasminya Ganabhaban di Dhaka sebagai menghargai usaha pihak yang terlibat dalam pembinaan projek itu.

    Duta China ke Bangladesh, Li Jiming berkata terowong ini akan mengoptimumkan pengangkutan tempatan dengan ketara serta memudahkan kesalinghubungan antara Bangladesh dan negara jiran.

    Beliau berkata ini juga menunjukkan peranan penting Bangladesh dalam kesalinghubungan serantau, dan hab antara negara yang menyertai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). – Bernama

    Gambar bertarikh 26 November menunjukkan pagar utama terowong bawah air di Chattogram, Bangladesh. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...