Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek Titian Kasih PPPBD meriahkan suasana Aidilfitri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Walaupun bulan Syawal sudah memasuki minggu ketiga, kemeriahannya masih lagi dirasakan dengan rumah-rumah terbuka dan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD).

    Majlis sambutan yang berlangsung di Ibu Pejabat PPPBD itu merupakan sebahagian daripada Projek Titian Kasih PPPBD yang dilaratkan dari bulan Ramadan ke bulan Syawal dan termasuk salah satu kegiatan tahunan persatuan berkenaan.

    Dengan adanya kegiatan seumpamanya, ia antara lain bertujuan untuk meraikan dan memeriahkan sambutan Hari Raya serta berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan bersama ahli-ahli persatuan pada bulan Syawal.

    Di samping itu, ia juga mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan meningkatkan perasaan muhibah dalam kalangan ahli persatuan.

    Pada majlis itu, tetamu yang hadir disajikan dengan juadah seperti sate, ambuyat, soto, kuih-muih dan beberapa hidangan lain.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Datin Paduka Hajah Zaharah binti Haji Idris dan Datin Hajah Masni binti Haji Ali serta Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim.

    Warga PPPBD bergambar ramai pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda