Saturday, October 19, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Projek Wishlist sokong pejuang kanser muda

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Projek Wishlist anjuran Suzuki Brunei berakhir petang tadi dengan mengumumkan nama pemenang projek berkenaan yang berlangsung di Bilik Pameran Suzuki, Gadong.

    Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, tiga pemenang bertuah telah dipilih daripada pelanggan yang membeli model seperti Swift, Swift Sport, Ertiga dan Jimny Three-Door antara 15 Jun dan 30 September lalu.

    Hadiah utama, yang bernilai $15,000, telah diberikan kepada Pengiran Mohd Al-Azeem bin Pengiran Aliuddin, manakala Hajah Azizah binti Haji Moktar dan Awang Zaidin bin Murah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $500.

    “Pemenang telah dipilih melalui undian dalaman yang diadakan pada 16 Oktober, di bawah pengawasan wakil daripada pasukan pengurusan Baiduri Finance, BIBD At-Tamwil dan Insurans Islam TAIB,” kata Pengurus Jenama Suzuki Brunei, Awang Adehelmie Ja’afar.

    Selain itu, satu acara juga diadakan iaitu sumbangan kewangan sempena kempen anjuran Suzuki Brunei.

    Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah yang dimenangi semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    Kempen yang diadakan antara lain bertujuan untuk menyokong kanak-kanak yang berjuang melawan kanser.

    Melalui kempen itu, sebahagian daripada setiap pembelian kereta dan perkhidmatan selepas jualan telah didermakan kepada Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA), sebuah organisasi yang berusaha membantu pesakit kanser muda dalam perjuangan mereka.

    Projek Wishlist menunjukkan komitmen padu Suzuki Brunei terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Setiap interaksi pelanggan sama ada membeli kenderaan atau menggunakan perkhidmatan mereka dapat membantu membiayai aktiviti untuk kanak-kanak dengan kanser, menunjukkan dedikasi Suzuki kepada kesejahteraan masyarakat.

    Suzuki Brunei dengan kerjasama YASKA berasaskan visi bersama untuk menjaga dan menyokong serta menunjukkan perbezaan nyata yang dapat Suzuki buat bersama dalam kehidupan para pejuang muda itu.

    Menurut Awang Adehelmie, “pihak Suzuki sangat gembira berkongsi kejayaan Projek Wishlist, yang mengumpulkan sebanyak $20,000 untuk membantu YASKA. Inisiatif ini menekankan dedikasi Suzuki Brunei kepada sumbangan bermakna kepada masyarakat.”

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Awang Adehelmie kepada Presiden YASKA, Dayang Tsara’ Nawwarah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda