Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Promosi Baiduri Deals untuk pemegang kad

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Dalam usaha untuk memberikan lebih banyak ganjaran dan faedah kepada pemegang kadnya, Bank Baiduri telah melancarkan promosi Delight in Year-Round Privileges untuk memperkenalkan program Baiduri Deals yang telah diperbaharui.

    Baiduri Deals merupakan program faedah eksklusif untuk pemegang kad Baiduri, yang membolehkan mereka mendapatkan potongan, tawaran dan keistimewaan sepanjang tahun daripada senarai kedai makan dan runcit tempatan yang semakin berkembang.

    Mengulas mengenai Baiduri Deals, Ketua Perniagaan Kad, Bank Baiduri, Davern Lim berkata, “Baiduri Deals dilaksanakan dengan kerjasama perusahaan-perusahaan menarik untuk memberikan faedah eksklusif kepada pemegang kad apabila menggunakan kad Baiduri di samping, tawaran bermusim, ganjaran dan keupayaan untuk mengumpulkan mata bonus”.

    Daripada restoran, kafe, kedai dalam talian, kedai batu bata dan mortar, salun dan spa, terdapat banyak yang dinantikan dengan menggunakan kad Baiduri, tambah beliau.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, sepanjang promosi itu, untuk setiap perbelanjaan dalam jumlah minimum dalam satu resit di salah satu kedai yang menyertai promosi itu, pemegang kad mendapat satu peluang dalam cabutan bertuah di mana mereka berpeluang memenangi baucar gaya hidup bernilai $200.

    Promosi akan berjalan hingga pertengahan Ogos depan di mana 10 pemenang akan dipilih pada akhir promosi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda