Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SM YSHHB) telah mengadakan sesi perjumpaan peminat bersama tiga pemain Bola Keranjang Profesional dari Pasukan Bola Keranjang Easyway dengan tujuan untuk mempromosikan sukan bola keranjang di sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam.
Menurut kenyataan YSHHB, sesi berkenaan, para pelajar SM YSHHB Tahun 5 dan 10 berpeluang berjumpa bersama dua pemain antarabangsa, Justin Howard dari Pasukan Singapore Slinger di Liga Asean Bola Keranjang dan Avery Scharer pemain bagi Pasukan Thonburi Assumption Hi Tech di Liga Bola Keranjang Thailand dan seorang pemain tempatan Brunei Marcus Quirk bekas penuntut JIS yang bermain untuk Pasukan Rider Charwood Kolej, United Kingdom.
Semasa sesi perjumpaan itu, para pemain berpeluang berkongsi pengalaman mereka dalam sukan bola keranjang diikuti dengan sesi soal jawab bersama para pelajar sekolah.
Para pelajar jua berpeluang bermain bersama mereka dan mempelajari pelbagai teknik yang boleh digunakan dalam sukan bola keranjang.
