Baru-baru ini saya singgah ke kedai kasut di Berakas yang menawarkan promosi menarik.
Namun, apabila saya masuk ke kedai tersebut, saya merasa terkesima dengan layanan dingin pekerja-pekerja di situ.
Saya tidak diberikan sambutan yang mesra atau bantuan daripada mana-mana pekerja.
Saya terpaksa mencari kasut yang saya inginkan sendiri di antara rak-rak yang tidak tersusun rapi.
Apabila saya mahu mencuba saiz kasut yang sesuai, tiada seorang pekerja yang ‘ringan tulang’ hendak membantu.
Saya terpaksa menunggu lama dan berdiri di hadapan kaunter yang kosong.
Akhirnya saya mendapat perhatian seorang pekerja tetapi layanan yang diberikan cukup tidak profesional dengan reaksi wajahnya tampak bosan.
Saya amat kecewa dengan layanan mereka, sedangkan saya membeli produk mereka namun tidak mendapat penghargaan sewajarnya.
Saya harap pihak pengurusan kedai kasut tersebut akan sentiasa memerhatikan sikap dan perangai pekerja mereka semasa melayan pelanggan.
Pelanggan Kecewa
