Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Promosi Indera Motors dapat sambutan

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Awang Mohd Nuzurudeen Jabar Sadiq memenangi hadiah utama berupa percutian untuk dua orang dari Singapura ke Phuket, Thailand termasuk tiket pulang balik dari Brunei ke Singapura selepas diumumkan sebagai pemenang utama Promosi Uji Pandu dan Menang serta Promosi Membeli dan Menang Indera Motors Sdn Bhd.

    Majlis cabutan akhir promosi yang diadakan di Bilik Pameran Jaguar Land Rover, Indera Motors itu juga menyaksikan Wong Jai Liaun telah berjaya memenangi hadiah berupa Samsung S9+ dan beberapa pelanggan lain membawa pulang hadiah berupa cenderamata dari Jaguar dan Land Rover.

    Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong dan Pemangku Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil, Haji Mohd Said bin Haji Zaini.

    Turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Penolong Pengurus Baiduri Finance, Pong Bee Thing.

    Lebih 100 pelanggan layak telah menyertai promosi yang bermula dari Mei hingga Julai dan hanya beberapa orang saja terpilih untuk menyertai pusingan akhir yang berlangsung hari ini.

    Para pemenang Promosi Indera Motors Sdn Bhd bergambar ramai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda