Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Promosi khas bagi pemegang kad kredit StanChart

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Standard Chartered (StanChart) menganjurkan promosi membeli-membelah untuk pemegang kad kredit mulai sekarang sehingga akhir Februari 2022.

Menurut kenyataan yang diterima dari StanChart, salah satu promosi dikhaskan untuk pemegang kad Mastercard Platinum Hua Ho StanChart di mana 100 pemenang berpeluang memenangi baucar membeli-belah bernilai $50 dengan setiap pembelian jumlah minimum ditetapkan dan ke atas dalam satu resit di Pasar Raya Hua Ho yang mengambil bahagian.

Mata ganjaran tambahan lapan kali juga akan diberikan kepada mereka yang berbelanja dengan jumlah minimum ditetapkan menggunakan Mastercard Platinum Hua Ho StanChart mereka.

Tambahan lagi, semua pemegang kad kredit StanChart yang menggunakan kad di rakan perniagaan The Good Life dengan berbelanja jumlah minimum ditetapkan, boleh memperoleh mata ganjaran lapan kali sehingga maksimum 10,000 mata untuk setiap kad kredit. Pada masa yang sama, mereka masih boleh menikmati diskaun rakan The Goodlife sepanjang tahun.

Ketua Produk Runcit dan Digital, Jacky Teo berkata, “Kami berasa gembira untuk mengumumkan dua promosi menarik ini bagi pemegang kad kredit StanChart sempena meraikan perayaan Tahun Baharu Cina.

“Promosi juga memaparkan rakan perniagaan tempatan kami sementara menunjukkan kepada pelanggan kami faedah berterusan dan perkhidmatan yang datang bersama kad kredit kami. Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada pelanggan Selamat Tahun Baharu Cina.”

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -