BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-34 ini, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) akan menawarkan promosi-promosi menarik pada minggu ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kesemua cawangannya di Kuala Belait akan menawarkan diskaun 34 peratus ke atas makanan dan minumannya sehingga esok.
Manakala itu, cawangan-cawangan di Daerah Brunei dan Muara kecuali cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei juga akan menawarkan diskaun 34 peratus.
Para pelanggan yang mengunjungi Mayapuri cawangan Bandar Seri Begawan pada minggu ini juga akan berpeluang membeli Gelas Jubli Emas terhad dan Teh Jubli Emas yang dijual secara eksklusif bagi pasaran Brunei.
Selain itu, CBTL juga akan menawarkan hidangan ringan percuma untuk para sukarelawan dan delegasi hari kebangsaan, yang mana tahun ini, mereka akan memberikan sebanyak 500 cawan minuman.
Menurut kenyataan itu, acara berkenaan telah dilakukan setiap tahun sejak 2012 yang dimulakan oleh pengurus besar pada masa itu, Allahyarham Awang Mohd Fairuz bin Ibrahim.
Pengurus Besar CBTL Brunei dan Malaysia Timur, Khairul Nidzam bin Haji Abu Bakar dipetik sebagai berkata, “Arwah Fairuz adalah rakan dan pemimpin yang baik kepada kami semua. Beliau juga seorang yang sangat bersemangat mengenai memberi balik kepada masyarakat.
“Kami berbangga untuk meneruskan semangatnya yang telah memberi inspirasi kepada kami dengan melakukan tanggungjawab kami untuk menjadikan acara tahun ini tidak dapat dilupakan bagi para peserta,” tambahnya.