Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Restoran Anjung Saujana melancarkan promosi hidangan Nasi Beriani Buluh di restorannya bermula kelmarin sehingga hujung Februari.
Nasi Berani Buluh tersebut disajikan bersama pilihan lauk seperti ayam, kambing dan daging serta pelengkap hidangan beriani antaranya acar campur, sayuran Dhal dan papadom.
Selain promosi Nasi Beriani Buluh itu, pelanggan juga berpeluang menikmati promosi Surf & Turf Weekend yang menampilkan pelbagai masakan popular Asia seperti kambing, ayam, udang, ikan dan banyak lagi yang dimasak secara panggang.
Manakala pada setiap malam, Promosi Bufet Asia turut diketengahkan kepada pelanggannya.
Bagi pemegang kad Dining Privilege RBC pula, mereka boleh mendapatkan potongan harga.
Orang ramai yang ingin menempah mana-mana promosi yang ditampilkan bolehlah menghubungi restoran tersebut atau melalui akaun Instagram mereka.
