Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Restoran Dynasty kini menampilkan promosi terbarunya, ‘Set Menu Peking Duck’ yang boleh didapati sehingga 20 Mac ini.
Promosi tersebut boleh dinikmati untuk empat hingga enam orang dengan tiga jenis hidangan yang lazat iaitu Peking Duck Pancakes Roll, Sup Peking Duck atau pun daging itik tumis bersama mi goreng atau nasi goreng atau daging itik tumis dengan sos lada hitam atau halia daun bawang.

