Oleh Syahmi Hassan
TEMBURONG, 15 JUN – Pusat Timbang Tara Brunei Darussalam (BDAC) meneruskan jerayawaranya mengenai kesedaran Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) di Daerah Temburong, kelmarin, bertempat di Bilik Muafakat, Pejabat Daerah Temburong.
Acara tersebut dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, penghulu mukim, pemangku penghulu mukim, ketua-ketua kampung dan pemangku ketua-ketua kampung Daerah Temburong.
Kaedah ADR boleh membantu bagi menyelesaikan pertikaian dalam masyarakat secara harmoni dan efektif.
Dalam pembentangan itu, para hadirin dikongsikan maklumat yang menyeluruh tentang mekanisme ADR, dan kaedah-kaedah yang dapat memudahkan penyelesaian dengan cepat, kos yang berpatutan, dan mencapai penyelesaian pertikaian secara baik.
Taklimat diteruskan dengan sesi soal jawab dan membuka peluang bagi para hadirin untuk mendapatkan penjelasan dan berkongsi pengalaman bersama pegawai-pegawai BDAC.
Setelah penganjuran jerayawara berkenaan di Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong, BDAC berhasrat untuk meluaskannya ke semua daerah, dan mempromosikan penggunaan penyelesaian pertikaian secara alternatif.



