Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Neo Metro, sebuah syarikat yang menawarkan barisan perabot mewah dan berkualiti telah mengadakan promosi sempena Hari Ibu bermula 5 hingga 15 Mei ini dengan para pelanggan akan berpeluang mendapat harga diskaun sebanyak tiga peratus.
Akauntan Pentadbiran Neo Metro, Jennifer Villasera berkata, selain mendapat potongan harga, para pelanggan yang membuat pembelian juga akan menerima hadiah istimewa dari Neo Metro.
“Kesemua barangan perabot kami mempunyai kualiti yang tinggi dan didatangkan dari Negara Malaysia, Singapura, Itali dan Amerika Syarikat, dan untuk layak mendapat potongan harga serta hadiah istimewa tersebut, belian pelanggan haruslah mencecah $5,000 ke atas,” ujarnya.
Neo Metro kedai perabot berkonsepkan gaya hidup, menampilkan pelbagai pilihan perabot kontemporari yang bergaya termasuk sofa kulit berkualiti, meja makan, almari dan set bilik tidur yang terdiri daripada tilam berkualiti premium.

