Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Promosi produk keluaran tempatan

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Sebanyak 54 usahawan tempatan yang terdiri daripada majlis perundingan mukim dan kampung dan usahawan-usahawan tempatan yang lain telah menyertai Pesta Usahawan Kampung yang diadakan di Pusat Membeli-belah Airport Mall, hari ini.

    Pesta yang melibatkan penjualan produk makanan dan kraf tangan tempatan berkenaan dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong

    Sejurus pelancaran, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar seterusnya meng-adakan lawatan ke petak-petak jualan, disusuli dengan majlis perasmian produk keluaran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rancangan Perumahan Negara (RPN) Panchor Mengkubau, antaranya rempah ratus, pais, kerepek udang dan sebagainya.

    Pesta Usahawan Kampung merupakan projek pertama yang dianjurkan oleh MPK Kilanas dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara dengan melibatkan penyertaan daripada beberapa MPK di Daerah Brunei dan Muara, Tutong, Belait dan Temburong dan akan diteruskan sehingga 4 November depan.

    Acara berkenaan adalah bermatlamat untuk meningkatkan lagi sumber perekonomian para pengusaha kecil dan sederhana termasuklah para pengusaha MPK menerusi Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P), di samping mewujudkan platform kepada mereka untuk mempromosi dan meluaskan lagi pasaran produk mereka secara langsung kepada bakal pembeli dari dalam dan luar negara.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar semasa melancarkan produk MPK RPN Panchor Mengkubau.
    Pengusaha kraf tangan tempatan turut mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka pada pesta berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda