Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Promosi produk PKS Sabah di UK

    KUALA LUMPUR, 6 MEI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad akan mengetuai misi promosi dan jualan produk Bumiputera Sabah ke United Kingdom (UK) dari 9 hingga 16 Mei.

    Misi itu akan menjayakan promosi ‘Taste of Sabah’ yang akan berlangsung selama dua minggu di 11 restoran terkemuka di London serta majlis permeteraian memorandum persefahaman antara Kristal Handal Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah dengan beberapa pemborong/pengedar dan peruncit dalam talian di UK dan Perancis.

    Abd Latiff berkata UK dan Perancis menawarkan pertumbuhan dan peluang yang besar bagi kerjasama perniagaan. 

    “Saya berbesar hati mengetuai promosi Taste of Sabah ini untuk memacu peluang bagi produk Buatan Sabah bertapak di pasaran UK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

    Beliau menekankan bahawa matlamat Jabatan Perdana Menteri, menerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) adalah untuk membantu usahawan B40 dan M40 meluaskan operasi mereka ke pasaran serantau dan global. 

    Menurutnya, misi ini merupakan langkah penting dalam hala tuju yang betul bagi memastikan Program Global Entrepreneur One-Stop Centre (GLOPEC) dan usahawan Sabah yang menyertainya boleh menjalin rangkaian, mempelajari tentang peluang perniagaan dan membina hubungan yang lebih kukuh untuk mengembangkan perniagaan mereka, mewujudkan peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada komuniti bagi model perniagaan yang lebih mampan dan inklusif. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...