Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Sepanjang bulan Ramadan ini, pelanggan Bank Baiduri yang menggunakan kad debit dan kredit mereka apabila bersungkai akan menerima tawaran rebet sehingga 30 peratus.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, baru-baru ini, promosi berkenaan tersedia setiap Isnin hingga Khamis bermula kelmarin April sehingga penghujung bulan ini.
Semasa promosi berkenaan, pemegang kad Baiduri akan menerima rebet tunai apabila mereka makan atau bawa balik makanan dari mana-mana restoran yang mengambil bahagian.
Bagi pengguna kad debit dan kredit klasik, mereka akan menerima tawaran rebet sebanyak 10 peratus dan kad kredit Platinum pula menawarkan rebet sebanyak 20 peratus manakala itu, pengguna kad kredit Infinite pula akan menerima rebet 30 peratus.
Kenyataan menjelaskan, rebet berkenaan hanya terpakai untuk satu transaksi bagi setiap pemegang kad layak setiap hari iaitu dengan rebet maksimum setiap transaksi dan tiada perbelanjaan minimum diperlukan.
Senarai restoran yang mengambil bahagian adalah ABC Eats, Mabohai; Anjung Saujana Restaurant, RBC; Borneo Kopitiam (Gadong dan Sg Hanching) ditetapkan promosi bagi set kombo sungkai family sahaja; Caffe Verve, Batu Bersurat; Capers Restaurant hanya ditetapkan promosi bagi jenis menu ala carte; Charcoal BBQ Grill bagi set hidangan Ramadan sahaja; Dashi; Flour and Butter Café; dan GK Restaurant, Batu Bersurat.
Turut menyertai promosi berkenaan ialah Goldiana Café and Lounge, Hotel Mulia; Iskandar Curry House (One Riverside dan Lambak); La Mesa; Misato Japanese Restaurant, Mabohai Shopping Complex; Papparich; Hotel Radisson; Samay Restaurant; Secret Recipe; Serenity by Berqat Foods; Tandoor; dan The Coffee Bean and Tea Leaf (Beribi, Onecity, One Riverside dan Panaga).
Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chiong berkata promosi itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak bank untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia mereka dan diharap akan membantu industri makanan dan minuman tempatan setelah menempuhi cabaran semasa pandemik.